Monday, February 14, 2011

Sincere.

Bertapa besar makna sebuah keikhlasan, sehingga tidak tercapai oleh akal untuk memahami segala maksudnya.

Dimana, dengan apa atau siapa harus aku pelajari ilmu ikhlas? 

Sungguh.. aku benar-benar ingin tahu.

Saturday, February 12, 2011

Time.

Betullah kata orang, "masa itu adalah emas" ia begitu berharga.

Sayangnya.. 'emas-emas' yang dulu telah aku sia-siakan, telah aku buang tanpa aku sedar betapa ia bernilai dalam hidup.

Sekarang.. aku berharap, semoga aku masih diberi peluang untuk memanfaatkan setiap masa yang tersisa.. kerana aku sedar, ajal itu adalah perkara yang paling hampir dengan setiap kehidupan.

Thursday, February 3, 2011

What Should I Do?

Salam..

Kalau aku ada bazooka, aku dah shoot at satu-persatu rumah orang yang tak berhati perut didepan tu..

Tolong lah.. dari pagi tadi sampai dah tengah malam dah ni, tak habis-habis dengan bunyi mercun.. agaknya 'hari esok' dah tak ada untuk diaorang, sebab tu nak habiskan mercun malam ni juga.. *sigh

Bila tiba hari perayaan, ini lah perkara-perkara yang paling aku benci.. lepas ni aku nak hantar surat pada PM, buat request supaya diharamkan permainan tak berfaedah ni.. kalau ada juga yang degil, tangkap je sumbat dalam jail.. sampai masa, hukum gantung sampai mati.. ha-ha..


Cover: Jadi pembunuh upahan pun best juga kan? *cynical

Tuesday, February 1, 2011

The Opening Words

Salam..

Aku berblogger semula.. 
setelah agak lama berhenti menaip, akhirnya aku akur dengan permintaan jari-jari yang dah gatal betul mahu menari-nari diatas keyboard.. (kalau di biar, takut merajuk pula.. ahak..)


By the way.. ini adalah blog ke 3 aku, blog pertama masih active tapi dah lama membeku.. blog ke 2, telah aku delete tanpa motiv, sebab dan alasan..


So.. harap-harap ini adalah blog terakhir aku dan semoga ia 'hidup' bak rumput yang menghijau didepan rumah.. bila dah terlampau semak, aku simbah guna asid.. ha-ha..



Cover: Intai-intai blogger lain..