Friday, March 8, 2013

Kata-kata

Pilihlah lelaki baik, 
yang mampu menjadi imam untukmu dan ayah bagi anak-anakmu, 
bukan sekadar menjadi pasanganmu semata2.



Thursday, May 3, 2012

Let It Go.

Mencintai seseorang itu adalah hak kita.
Namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal, itu bukan hak kita.


Lepaskan ia pergi.


Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan milik kita.
Dia milik Allah, bukan milik kita.
Apabila Allah ambil dia daripada kita, Allah sudah rencanakan sesuatu untuk kita.

Monday, April 25, 2011

Me And You.

Orang akan kata aku bodoh,
kerana sanggup berhabis duit untuk kau.

Aku tak kisah, sebab aku sayang kau.


Orang akan kata aku gila,
kerana aku sering memuji-muji kau sedangkan mereka tidak pernah pun melihat kau.

Aku tak kisah, sebab aku tahu kau sibuk tiada masa untuk bertemu mereka. 


Orang akan kata aku jijik,
kerana sanggup tidur dengan kau.

Aku tak kisah, sebab aku tahu kau bersih.


Orang akan kata...

Argh... pedulikan apa orang mahu kata,
yang penting aku tahu kau sayangkan aku..


kan kecik.. :)





Close: "hanya orang lain yang akan menilai keikhlasan kita" 

Monday, April 18, 2011

Creative.

Aku diberitahu oleh seseorang..
katanya dia mempunyai seorang teman yang dianggap misteri..

(aku jadi tertanya, apa yang dikatakan misteri?)

Dia menyambung ceritanya.. dia mengatakan misteri kerana dia hanya mengenali temannya itu dengan nama samaran.. tanpa dia tahu nama sebenar, asal-usul, tempat tinggal dan sikap temannya yang sering datang dan hilang secara tiba-tiba...

(dah macam cerita hantu lah pula)

Oleh disebabkan terlalu banyak persoalan yang tak terjawab, tanpa dia sedar otaknya sentiasa berfikir, dan mungkin kerana itu idea-idea yang datang darinya setiasa kreatif.

Tujuan sebenar dia bercerita adalah kerana soalan aku pada mulanya tadi.. aku bertanya, bagaimana dia menjadi seorang yang kreatif? jadi, ceritanya tadi dianggap salah satu sebab dia menjadi seorang yang kreatif. 

Mungkinkah? 


Close: aku anggap gambar ini kreatif. :p

Monday, April 11, 2011

Own Problems.

Adakah benar 80% seseorang itu dapat tidur dengan lena hanya disebabkan beberapa perkara, seperti... 

Bantal dan tilam yang empuk, badan yang terlalu letih, perasaan yang didorong dengan mata yang tersangat lah mengantuk atau pun melangar nasihat doktor dengan menelan pil tidur 5x lebih banyak.. (ok, perkara yang terakhir tu benar-benar tiada kaitan dengan aku)

Em.. kalau soalan diatas ditujukan kepada aku, dengan sebelah kening terangkat keatas, aku akan menjawab... TIDAK!
 
Pertama sekali.. bantal yang aku guna hanya setebal 1inci.. tilam pula mungkin kelihatan agak tebal, tapi setiap kali aku merebahkan tubuh, punggung aku terasa seperti sedang duduk diatas papan. kedua.. tugas aku dirumah hanya makan dan tidur, jadi rasanya perkataan letih tidak sesuai untuk dijadikan alasan. dan yang ketiga.. setiap hari aku akan tidur melebihi 8jam, tidak mungkin perasaan aku akan tertipu pada mata yang dibuau-buat mengantuk...

(terdiam)

Okay.. so, apa yang buat aku tertidur lena malam tadi?

Apakah kerana posisi tidur yang aku tukar secara tiba-tiba, atau kerana filem 'dikala malam bulan mengambang' yang aku tonton sebelum aku tidur... adakah?


Close: jiwa kalau dah kacau memang suka meroyan.