Monday, April 18, 2011

Creative.

Aku diberitahu oleh seseorang..
katanya dia mempunyai seorang teman yang dianggap misteri..

(aku jadi tertanya, apa yang dikatakan misteri?)

Dia menyambung ceritanya.. dia mengatakan misteri kerana dia hanya mengenali temannya itu dengan nama samaran.. tanpa dia tahu nama sebenar, asal-usul, tempat tinggal dan sikap temannya yang sering datang dan hilang secara tiba-tiba...

(dah macam cerita hantu lah pula)

Oleh disebabkan terlalu banyak persoalan yang tak terjawab, tanpa dia sedar otaknya sentiasa berfikir, dan mungkin kerana itu idea-idea yang datang darinya setiasa kreatif.

Tujuan sebenar dia bercerita adalah kerana soalan aku pada mulanya tadi.. aku bertanya, bagaimana dia menjadi seorang yang kreatif? jadi, ceritanya tadi dianggap salah satu sebab dia menjadi seorang yang kreatif. 

Mungkinkah? 


Close: aku anggap gambar ini kreatif. :p

No comments: