Monday, April 11, 2011

Own Problems.

Adakah benar 80% seseorang itu dapat tidur dengan lena hanya disebabkan beberapa perkara, seperti... 

Bantal dan tilam yang empuk, badan yang terlalu letih, perasaan yang didorong dengan mata yang tersangat lah mengantuk atau pun melangar nasihat doktor dengan menelan pil tidur 5x lebih banyak.. (ok, perkara yang terakhir tu benar-benar tiada kaitan dengan aku)

Em.. kalau soalan diatas ditujukan kepada aku, dengan sebelah kening terangkat keatas, aku akan menjawab... TIDAK!
 
Pertama sekali.. bantal yang aku guna hanya setebal 1inci.. tilam pula mungkin kelihatan agak tebal, tapi setiap kali aku merebahkan tubuh, punggung aku terasa seperti sedang duduk diatas papan. kedua.. tugas aku dirumah hanya makan dan tidur, jadi rasanya perkataan letih tidak sesuai untuk dijadikan alasan. dan yang ketiga.. setiap hari aku akan tidur melebihi 8jam, tidak mungkin perasaan aku akan tertipu pada mata yang dibuau-buat mengantuk...

(terdiam)

Okay.. so, apa yang buat aku tertidur lena malam tadi?

Apakah kerana posisi tidur yang aku tukar secara tiba-tiba, atau kerana filem 'dikala malam bulan mengambang' yang aku tonton sebelum aku tidur... adakah?


Close: jiwa kalau dah kacau memang suka meroyan.

No comments: