Monday, April 25, 2011

Me And You.

Orang akan kata aku bodoh,
kerana sanggup berhabis duit untuk kau.

Aku tak kisah, sebab aku sayang kau.


Orang akan kata aku gila,
kerana aku sering memuji-muji kau sedangkan mereka tidak pernah pun melihat kau.

Aku tak kisah, sebab aku tahu kau sibuk tiada masa untuk bertemu mereka. 


Orang akan kata aku jijik,
kerana sanggup tidur dengan kau.

Aku tak kisah, sebab aku tahu kau bersih.


Orang akan kata...

Argh... pedulikan apa orang mahu kata,
yang penting aku tahu kau sayangkan aku..


kan kecik.. :)





Close: "hanya orang lain yang akan menilai keikhlasan kita" 

Monday, April 18, 2011

Creative.

Aku diberitahu oleh seseorang..
katanya dia mempunyai seorang teman yang dianggap misteri..

(aku jadi tertanya, apa yang dikatakan misteri?)

Dia menyambung ceritanya.. dia mengatakan misteri kerana dia hanya mengenali temannya itu dengan nama samaran.. tanpa dia tahu nama sebenar, asal-usul, tempat tinggal dan sikap temannya yang sering datang dan hilang secara tiba-tiba...

(dah macam cerita hantu lah pula)

Oleh disebabkan terlalu banyak persoalan yang tak terjawab, tanpa dia sedar otaknya sentiasa berfikir, dan mungkin kerana itu idea-idea yang datang darinya setiasa kreatif.

Tujuan sebenar dia bercerita adalah kerana soalan aku pada mulanya tadi.. aku bertanya, bagaimana dia menjadi seorang yang kreatif? jadi, ceritanya tadi dianggap salah satu sebab dia menjadi seorang yang kreatif. 

Mungkinkah? 


Close: aku anggap gambar ini kreatif. :p

Monday, April 11, 2011

Own Problems.

Adakah benar 80% seseorang itu dapat tidur dengan lena hanya disebabkan beberapa perkara, seperti... 

Bantal dan tilam yang empuk, badan yang terlalu letih, perasaan yang didorong dengan mata yang tersangat lah mengantuk atau pun melangar nasihat doktor dengan menelan pil tidur 5x lebih banyak.. (ok, perkara yang terakhir tu benar-benar tiada kaitan dengan aku)

Em.. kalau soalan diatas ditujukan kepada aku, dengan sebelah kening terangkat keatas, aku akan menjawab... TIDAK!
 
Pertama sekali.. bantal yang aku guna hanya setebal 1inci.. tilam pula mungkin kelihatan agak tebal, tapi setiap kali aku merebahkan tubuh, punggung aku terasa seperti sedang duduk diatas papan. kedua.. tugas aku dirumah hanya makan dan tidur, jadi rasanya perkataan letih tidak sesuai untuk dijadikan alasan. dan yang ketiga.. setiap hari aku akan tidur melebihi 8jam, tidak mungkin perasaan aku akan tertipu pada mata yang dibuau-buat mengantuk...

(terdiam)

Okay.. so, apa yang buat aku tertidur lena malam tadi?

Apakah kerana posisi tidur yang aku tukar secara tiba-tiba, atau kerana filem 'dikala malam bulan mengambang' yang aku tonton sebelum aku tidur... adakah?


Close: jiwa kalau dah kacau memang suka meroyan.

Monday, April 4, 2011

Mobile Phone.

_ _ _ _ _ _ _ _ _   _ _ _   hilang!..

_ _ _ _ _ _ _ _ _   aku   hilang!!.

Handphone   aku   hilang!!!


Ok, hanya sebab perkara ni.. 30% keinginan aku untuk hidup sudah hilang..

Huh! karut kan?... T.T


Close: perasaan lebih..   

Sunday, March 13, 2011

About Blogger (1).

Salam..

Yeah.. beberapa jam yang lepas aku telah pun habis membaca sebuah blog yang bertajuk ttop (the truth of pretender).. ownernya lebih mesra dipanggil mat@matun.. sedikit sebanyak yang aku tahu tentang mat.. dia adalah seorang yang funny, setia kawan dan sangat meminati filem korea..

Entry yang ditulis lebih kepada tentang kehidupan harian, family and friends.. penulisannya agak menarik, walaupun kadang-kala aku terpaksa baca berulang kali.. ini disebabkan mat lebih gemar menggunakan ayat singkatan ataupun short words.. jadi ia membuat aku sedikit confused.. (maaf ye mat kalau aku terlalu berterus terang)

Apapun aku enjoy.. kepada mat, sila update blog anda kerana cerita-cerita yang anda tulis setakat ni telah habis aku baca.. trimas.. :)


Close: intai blogger lagi. 

Friday, March 11, 2011

No Idea.

Salam..

Sudah sebulan lebih aku tidak update
labah-labah pun sudah mula nak menyinggah buat sawang.. -.-"

Okay, kejap.. aku cuba hentak kepala kat dinding,
harap-harap ada lah idea yang keluar.. 

huguu.. x_x


Close: pergi kedai beli chokki chokki..

Monday, February 14, 2011

Sincere.

Bertapa besar makna sebuah keikhlasan, sehingga tidak tercapai oleh akal untuk memahami segala maksudnya.

Dimana, dengan apa atau siapa harus aku pelajari ilmu ikhlas? 

Sungguh.. aku benar-benar ingin tahu.

Saturday, February 12, 2011

Time.

Betullah kata orang, "masa itu adalah emas" ia begitu berharga.

Sayangnya.. 'emas-emas' yang dulu telah aku sia-siakan, telah aku buang tanpa aku sedar betapa ia bernilai dalam hidup.

Sekarang.. aku berharap, semoga aku masih diberi peluang untuk memanfaatkan setiap masa yang tersisa.. kerana aku sedar, ajal itu adalah perkara yang paling hampir dengan setiap kehidupan.

Thursday, February 3, 2011

What Should I Do?

Salam..

Kalau aku ada bazooka, aku dah shoot at satu-persatu rumah orang yang tak berhati perut didepan tu..

Tolong lah.. dari pagi tadi sampai dah tengah malam dah ni, tak habis-habis dengan bunyi mercun.. agaknya 'hari esok' dah tak ada untuk diaorang, sebab tu nak habiskan mercun malam ni juga.. *sigh

Bila tiba hari perayaan, ini lah perkara-perkara yang paling aku benci.. lepas ni aku nak hantar surat pada PM, buat request supaya diharamkan permainan tak berfaedah ni.. kalau ada juga yang degil, tangkap je sumbat dalam jail.. sampai masa, hukum gantung sampai mati.. ha-ha..


Cover: Jadi pembunuh upahan pun best juga kan? *cynical

Tuesday, February 1, 2011

The Opening Words

Salam..

Aku berblogger semula.. 
setelah agak lama berhenti menaip, akhirnya aku akur dengan permintaan jari-jari yang dah gatal betul mahu menari-nari diatas keyboard.. (kalau di biar, takut merajuk pula.. ahak..)


By the way.. ini adalah blog ke 3 aku, blog pertama masih active tapi dah lama membeku.. blog ke 2, telah aku delete tanpa motiv, sebab dan alasan..


So.. harap-harap ini adalah blog terakhir aku dan semoga ia 'hidup' bak rumput yang menghijau didepan rumah.. bila dah terlampau semak, aku simbah guna asid.. ha-ha..



Cover: Intai-intai blogger lain..